Skip to main content

Novel: Aku Tunggu Kau part1



Sinopsis
S
iapa Aie dan siapa pula Aishah? Gelaran budak senget kerana lagaknya yang nakal. Walau dia nakal namun ramai juga yang menyenanginya. Amira, rakan baiknya sejak sekolah rendah hingga menengah setia sebagai sahabat dan ‘mangsa’. Aie seorang gadis simple dan low profile, lebih suka berbaju T dan menyakat orang. Siapa sahaja pasti akan menyedari kehilangannya.
Cukup lah setahun untuk mengenali siapa sebenar Aie dan terpaut kasih yang sukar dijelaskan dengan mata kasar. Dalam diam Aie berkawan baik dengan seorang budak baru bernama Syed Nazwan. Walau Aie pernah menyakitkan hatinya ketika hari pertama sekolah, namun gadis itu juga membahagiakan hidupnya di Malaysia. Malaysia yang pernah menjadikan hidupnya serabut akhirnya menjadi tempat dia menemui erti persahabatan.

Kawan tak boleh menjadi musuh
Musuh tak boleh menjadi kawan
Benarkah?

Sebelum kita menemui bahagia,
Kita akan menempuh derita,
Sebelum kita menemui kesenangan,
Kita akan menempuh kepayahan,
Sebelum kita menemui sahabat
Kita akan menempuh musuh.

Mungkin persahabatan bertukar kepada berkasihan. Andai itu berlaku, biar lah ia berlaku seiring waktu.












Part 1
I am A.i.e

“Aishah, ambik kan mak surat-surat kat box..”senyap.

 “Aishah?” mana pergi anak dara sorang aku nihh.haiss..
Suatu yang pasti anaknya masih jugak belum bangun..mentang lah hari cuti..’nak kena nih!’

Dipusingnya tombol pintu bilik yang tergantung papan ‘NO ENTRY’ dan…
“Cakk!!!!!”

“ooO Pocottt, Hayyyakkkk!Kame hame Haaa!!” 
Hampir bersilat maknya di depan pintu bila anaknya memeranjatkannya..
Heheh..hisy mak aku nihh siap bukak langkah! Kantoi mak suka layan cite Dragon Ball…

“Ya Allah, mati berdiri mak kau nih kang!”

“Alaa..mak nihh..orang gurau sikit jer.. nak g ambik surat lah nihh tadi..hehe”

“on the way kebendenya, duduk melingkar atas katil lagi! Matahari dah menjolok buntut! ”

Itu laa budak senget (gelaran dari rakan-rakan)..Aishah,ikut dari namanya mesti terserlah kelembutan yang sukar ditafsirkan. Jika lembut itu tanda aras bagi wanita..maka Aishah terkeluar senarai dari carta.. Di sekolah lagi, Aishah amat dikenali.. Sebut saja nama ‘Aishah’ hingga pengetua dan semua kakitangan sekolah mengenali budak senget itu… Bukan kerana dia artis, tapi kerana kenakalannya yang ‘luar biasa’.Ada sahaja agenda senget yang akan dilakukannya… pernah suatu ketika…

“cikgu, Aishah pengsan.Pengsan dekat padang!” tutur butir kata Amirah lambat cikgu Din fahami.
“apa?”
“tepi.tepi..mana budak pengsan?!”
“Ya Allah, macam mana boleh pengsan nihh?? Yus, Mira, Alia..kamu tolong angkat Aishah masuk kebilik medic.”

“badak apa aku pikul nihh, berat mengalahkan guni pasir!” bebel Yus.
“Ishh, ka nihh sah-sah mulut tak update lesen” kasihan Amira melihat kawan ‘sejati’nya diumpat depan-depan..
“dah,dah..tak payah nak ngomel..dukung sket pon banyak songeh”
“turunkan aku!”
Jatuh rahang Yus melihat adegan selamber Aishah..Molek sahaja dia sedarkan diri bila sampai depan muka pintu bilik medic. Sah, Aishah gula-gula kan orang agy nihh! Sialan!

“Girls, thanks.” 
Sambil senyum Aishah berlalu pergi. Tidak lama, Amira berlari anak mengejar langkah Aishah masuk ke kelas.

“Aishah, kau nihh ape hal gula-gula kitaorang hah?!” sakit hati Amira bila teringat bagaimana dia bersusah payah berlari dari padang terus ke bilik guru yang jauhnya hampir setengah batu. Termengah-mengah dia mencari guru bertugas keadaan suspen yang dicipta Aishah tanpa berunding dengan dia dahulu.

“kau nih memang senget laa, aku pon kau nak bang bang boom!”
“aku punya la nak sakit jantung risaukan kau.”
“hahaha, ala muchuk muchuk” dipicitnya kedua pipi Amira tanda ingin memujuk.Tapi entah lah…

“aku ada kenyit mata apa masa aku pura-pura pengsan tadi” “kau tuhh haru sampai tak nmpak aku kenyit”
“kau kan tau aku ‘lemah’ sikit bila masuk bab nak exercise PJK, tuhh aku nak cabuutt” hehe…

“mana aku Nampak!” 
sehabis mungkin Amira pertahankan kata-kata Aie a.k.a Aishah. Walau pada akhirnya Aie jugak yang menang.


Banyak tahun sudah berlalu.. Kini Aie dah menjengah remaja. Umur 17 tahun masih lagi belum mematangkan perangai dan tabiat Aie mengula-gulakan orang.. Amira pula masih budak dungu yang setia menemani ‘permainan’ minah senget.

Awal tahun di tingkatan 5.. Aie kini budak senior yang penuh kejutan. Selalu sahaja adik-adik junior dia permainkan. Lebih-lebih lagi birthday girl.Confirm dia orang pertama yang mewujudkan suasana meriah satu sekolah.

“mak!!!”  
berlari tujuh pusingan bangunan sekolah birthday girl yang bernama Jonet.

“akak, please laa jangan baling tepung tuhh!” separuh merayu Jonet kepada Aie.
“eh, mana boleh! Kau kan birthday girl..kau tau kan nihh adat permainan kat sekolah nihh!”

“Please lar, don’t do this..saya jerit kang!”

“wekkk!” 
jelingan killer birthday girl makin memarakkan semangatnya untuk bermain.
“jeritlah..ada aku heran?!!hahahaha”
Sambil ketawa Aie membaling tepung tanpa melihat sekeliling.

“popppp!” terkena pada sasarannya! Hoyehhh
“alamak!” dalam hati Aie bermonolog sendiri.”apehal mamat omputeh nihh yang kena”

“ayokkk, akak buat..lalalala” semua yang ada gelak ketawa.Akhirnya Aie akan dikenakan hukuman mendatori..huhuu
Keadaan senyap seketika…

“Zaapppp!” Aie hilang dari pandangan. Entah ke kutub mana dia melarikan diri. Hehe.. Tau pulak dia takut.. mana tidaknya.. senyuman sinis mamat omputeh sudah cukup melonggarkan kepala lutut Aie. “grrrr..”

“hah, sini kau rupanya.” Dari belakang Amira menyapa kawan baiknya itu.

“ape???”
“jom masuk kelas..”
“hmmm…”

Susana dalam kelas bising dengan kepadatan anak murid. Namun bila sajaseorang guru masuk..Suasana senyap hingga daun yang jatuh boleh kedengaran.
“bangun, Assalamualaikum cikgu!” Suara komanden kelas kedengaran, Fahmi.

“Assalamualaikum…cikgu” semua pelajar dikelas memberi salam kepada tanda hormat kepada cikgu.
“Baik laa..semua boleh duduk. Pagi nihh ada budak baru yang akan masuk ke kelas kita.”

Kedengaran tapak kaki seseorang yang sedang menapak masuk ke kelas 5 cerdik.
“masuk.”

“sapa..sapa weyhh??” 

suara-suara sumbang budak kelas sudah cukup menciptakan tanda Tanya. Siapa budak baru?? Lelaki ke perempuan?? Di benak Aie berkata.”Great, ada budak baru, ada ‘permainan’ baru. Cantekkk!” kuikuikui Aie tersenyum sendirian. Amira disebelahnya dah menduga ‘agenda’ Aie.

“Nama aku Syed Nazwan bin Syed Tajuddin. Just call me Naz.”

Tersentak semua penghuni kelas 5 Seri apabila budak baru itu memperkenalkan diri dengan berkeyakinan dan berwibawa. Kacak! Dari segi penampilan yang kemas dan rapi, jelas dia adalah seorang yang mementingkan penampilan. Cuma baju putihnya sudah bertukar warna. Bajunya penuh dengan tepung dan telur. Kalau bukan dia pakai uniform sekolah sure orang ingat chef lima bintang datang bertandang ke kelas mereka.

“hensemnya!!”

“yer lahh! Gila mamat nihh betul-betul macam orang putih”

Dalam hati setiap perempuan di kelasnya memuji gaya macho mamat yang masuk sebentar tadi. Ada jugak yang berangan-angan untuk dijadikan ‘balak’ dengan ketampanan dan ketinggian yang dimiliki bak seorang peragawan. Hanya seorang perempuan yang tak fikir langsung ke arah cintan cintun, sebaliknya terkejutt!

“erkk!!”

“Diakan yang..yang.. aku ??!! Impossible!” 
Nak tersembul biji mata Aie melihat pelajar baru yang berdiri dihadapannya. Susah rasa tekak nak telan air liur. Terasa payau di tekak..nak demam pon ada. Meskipon Aie seorang yang nakal, namun inilah kali pertama dia tidak sengaja mencari fasal dengan lain gendernya.

“Masak aku kali nihh!”

“Naz, kamu boleh duduk dekat sebelah Fahmi”

Naz senyap tanpa berkata apa-apa terus bergerak ke kerusi seperti yang diarahkan cikgu Din. Posisinya agak kekok kerana ada yang merenungnya. Otaknya ligat mengingat siapa perempuan yang terlopong mulutnya saat dia memperkenalkan dirinya.. “Macam aku kenal..tapi dimana yaa??”
“huh! Minah nihh yang kotorkan baju aku!” bisik hati Naz..

Namun Naz adalah lelaki with no words. Susah bagi orang untuk membaca fikirannya. Beza seperti langit dan bumi antara Aie dan Naz.


Baru dua minggu Naz kembali ke Malaysia selepas 6 tahun menetap di ibu kota London. Mama dan papanya still disana. Hanya dia yang pulang untuk menduduki peperiksaan SPM. Kalau ikutkan hati..tidak mahu dia pulang ke Malaysia yang panas nihh..jika tidak kerana papa yang menyuruhnya menduduki SPM pasti dia tidak akan pulang.

 “Naz, kamu kena ambik SPM, walau kita nihh orang yang berada dan tinggal diluar Negara, tapi suatu hari nanti sijil SPM tuhh akan jadi asset untuk kamu menapak business di Malaysia.” Kata-kata itu sering diulang papanya hingga bernanah telinga mendengarnya dan akhirnya akur dengan permintaan papanya.
“Pa, boleh ke Naz tuhh survive kat sana??? Ye laa blue-eye child kita mana pernah berenggang dengan kita, I tak setuju u sent him…”

“he’s grown up now, take this as a lesson for him to face the future.”
“Can we drop the cases?” 
Papanya tetap bertegas. Bentak hati isterinya sengaja tidak dilayan kerana keputusan yang diambil untuk kebaikkan anaknya jugak nanti. Mamanya sekeras hati tak bersetuju dengan permintaan suaminya. 

Anaknya tidak pernah ditinggalkan sendiri dan segala makan pakai semuanya dia dan bibik yang aturkan. Naz telah terdidik dari kecil untuk mewarisi  empire besar keluarga Tajuddin dan segala tindak tanduknya sering diperhatikan. Sebab itulahh Naz membesar menjadi budak lelaki yang cold-hearted.

Petang yang santai. Naz duduk di tepi tebing tasik untuk melihat ikan-ikan tenggelam timbul. Itulah rutin hariannya sejak tinggal di Malaysia. Naz tak ramai kawan..mungkin orang takut nak berkawan dengannya kerana dia seorang yang pendiam. Lagi lah orang takut nak mendekatinya bila setiap kali dia dihantar dan dijemput dengan kereta BMW berserta dua bodyguard.

“Oiii, ka nihh ape hal nak cari pasal dengan aku?!”
“kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu!”
“ewah ewah..kau jerk pikir kami cari pasal dengan kau, abiss kau kurung awex aku dalam tandas sekolah semalam.. kau tak pikir??!!”
“Skang, biar aku pulak yang settle kan kepala hotak kau yang senget tuhh!!”
“woii, budak senget! jangan lari lahh!!”

Aduss, apa nasib aku hari nihh?? Dah laa tadi kena sound dengan mak sebab panjat pokok mempelam jiran sebelah tak mintak izin, skang ade pulang geng nak kejar aku…Malang tak berbau!

Termengah-mengah Aie berlari menjauhi geng yang cuba menangkapnya di taman petang tuhh. Namun siapalah dia jika dibandingkan dengan 3 orang lelaki yang tentu saja tenaga melebihinya.
Aie lari sambil menoleh kebelakang..dia lupa apa yang menanti dihadapannya!
“gedebekkkk!”

” aduss, aku jatuh pulak..tapi apasal aku seperti jatuh atas tilam jerk???!”
Aie bukak mata perlahan-lahan dan bagai nak jatuh rahangnya bila dia sedar dia terjatuh atas badan seorang budak lelaki. Jantungnya tak semena-mena berdegup kencang dan sekejap seperti nak terhenti. Ada getaran yang anihh dirasakannya.
Budak lelaki itu senyap saja..  ”bisukah dia??”

Lelaki itu berdehem kecil setelah merasakan yang jatuh atas badannya tidak juga menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.

“Sorry!!!”
“Sorry jerk???”
“ye laa sorry jer laa..amboihh nak lebeh-lebeh pulak!”
“huh????”
Sebenarnya Aie malu. Tak pernah lagi dia jatuh atau dekat dengan mana-mana lelaki. Budak lelaki nihh dah melanggar tanda aras yang dia letakkan sebagai seorang perempuan. Lelaki itu pula dalam kebingungan tentang kejadian tadi ‘salah siapa?’

“Kau, thanks jadi pelampung tadi! Bye!” 
Aie memecah kebisuan antara mereka. Berharap lelaki yang dilanggarnya tadi tidak berganjak agar dia boleh menapak pergi.

“awak, tunggu!!”
“awak??!! yucks, Nak cair tahi telinga aku!”
Aie akhirnya ingat pada geng yang mengejarnya tadi. Geng tadi dah hilang dari pandangan. Mungkin kerana tak larat mengejarnya atau ternampak dia bersama seorang budak lelaki. “Alhamdulillah…”

“Kau, buat apa dekat sini?” 
Tanya Naz kepada budak perempuan yang telah kali kedua bertembung dalam suasana yang tegang. Tapi, dari gaya budak senget nihh..dia mungkin dah lupa kejadian di taman sekolah.

Melayang jauh fikiran Aie hingga terlupa makhluk dihadapannya “erm,erm…aku saja datang bersiar-siar kat taman nihh. Dah lama aku tak datang.” Saja Aie cuba melindung kes dia dikejar geng tadi.
“Kau pulak??”
“aku pon…..” Naz menjawab.
“jom, pergi kat kerusi tuhh” jari telunjuk Naz mengarah ke sebuah kerusi di taman itu. Aie hanya mengangguk dan mereka berjalan beriringan menuju ke kerusi.
“Naz, kau bukan budak sinikan??? Aku tak pernah nampak kau pon selama nihh kecuali lepas kau masuk sekolah aku aritu”
“haah”
“Kau dulu sekolah mana??? Skang kau tinggal kat sekitar sini ke???”
“Haah….”
“Naz, kau gagap ke??”
“Haah….eh, Aperr!!!”
“hahaha, abis kau jawab soalan aku sepatah jerk!”
“Hmmm…”
“Parah kau! ”
“Aku nak balik.” Suara Naz memecah hening antara dia dan Aie.
“Nama kau??!” 
“Kau tau.”

Keesokkan hari, pengacara Melodi membuat liputan secara ‘live’ di sekolah.. meja kopi pon rancak berbual mengenai orang yang sama, NAZ!
“Kau rasa dia ada orang special tak?”
“ntah..aku rasa takdak..”
“I hope so…..”
“Bertuahlah badan sapa dapat ‘balak’ yang load camtu”
“tengok lah keta dia..luxurious siotttt!”
Materialistik betol perempuan-perempuan sekarang..perasan cantekk! Aku jadi lelaki pon taknak dekat-dekat dengan minah-minah gila harta nihh. Alangkah indahnya jika kata-kata ini dapat dibukukan. hehe


“Aie, kau rasa dia hansem tak?”
“aper??”
“Hisy..Tak ada siaran ulangan!” Geram Amira dibuatnya bila pertanyaannya tak dilayan. Aie tak boleh memberi respons, hanya senyuman kelat yang mampu dibalas.

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

::vlogger::

Please be upon to you... Cakap BAHASA lah, lagi senang (walau BENL student) Mula-mula tengok video nih... memang bad expression aku bagi kat dia nih.. sebab tak faham sangat and dari gaya cakap dia tu aku kurang suka..(at first jerr).  Then, aku search dan dowload lagi banyak video dia and i found his talent! Good in english (amik TESL la katakan) and the way that he try to attract memang lain dari yang lain...macam mana nak cakap ek?? bukan abnormal!  ah, tengok sendiri! ^^ see.. he try to be a contemporary ustaz.. and it's not WRONG. I do see his point about our prophet S.A.W. vlogger nih bagi cerita yang dekat dengan pelajar2..yang kadang-kadang benda 'tu' berlaku dekat diri sendiri (bengg!!) Ada potongan ayat al-Quran dan hadith siap tersedia dalam video tu! yang kadang-kadang kita tahu tapi buat tak endah..or yang memang kita tak pernah tahu sbb taknak ambik tahu! (learn from the mistake) cth: what

rindu saat-saat itu...

wahai malam... tatkala dikau menjelma, membawa bersama memori 'semalam' tak pernah dan takkan pernah ku lupa... aku pernah carik ditusuk kawan. aku pernah menyentuh cinta manusia. namun ianya sementara... kini hanya tinggal memori semalam...  Ya Allah..terasa ingin menangis bila mana aku melihat video yg ditagkan oleh sahabat juga saudara ak sendiri.. teringat aku di zaman muda mudi ku (skang tak tua agy)..zaman form5.. peristiwa setahun yg lepas menggamit beribu kisah aku dan dia..aku dan mereka... mereka yg pernah menjadi kemudi-kemudi kapal form5.. 5 taufiq 5 mahmudah     Form 5 atau dengan kata lainnya "senior".. bukan laa status yg boleh dibanggakan.. banyak tanggungjawab yg perlu dipikul dan dilaksanakan.. menjadi pengawas dan dalam masa yg sama sebagai sahabat betul2 menguji aku tatkala itu... pernah aku terluka dan menjadi parut yg paling dalam namun sekarang tanpa aku sedari parut itu kian sembuh bahkan parut itulah yg menjadi

pandai-pandai membawa diri di perantauan

kenapa mata aku berair ni???? cehh, konon Ijah nak feeling lar nihh..<3 first thing to do before traveling, passport mesti ada oke? second, pastikan ada visa (bg negara tertentu shj)..Third, ada mahram (bg wanita)..Last, pastikan bawak duit yg mencukupi utk pergi-balik...dengaq tuh! bila dekat degara org, kena selalu berwaspada.. jangan mudah percaya pada suspicious person.. mestikan ader yang terbaca dekat paper 'pemerdagangan manusia!' Paling worst 'Awas! Keldai dadah..' bagi perempuan macam aku nih berisiko tinggi bila nak traveling... so, bawak mahram, rasa selamat~ :) mahram nih boleh jugak dikalangan kawan rapat yang dipercayai selain dari kaum keluarga..nak lebih selamat bawak anggota polis! hihiii..Just kidding~