Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Ulasan dan komen buku bertajuk MARIA (pergelutan tiga penjuru Islam-Ateis-Kristian)

Assalamualaikum.. Adakah anda telah membaca novel sastera Islam 'MARIA'??? Bagi yang baru sahaja tahu, 'MARIA' adalah sebuah novel sastera Islam hasil garapan dari penulis tekemuka Turki, Emine@Aminah Uzqan Syenlikoghu. Buku asal telah ditulis dalam bahasa beliau. Bagaimanapun, Buku terjemahan beliau boleh terdapat di mana-mana kedai buku berdekatan di Malaysia. Maria adalah major karakter dalam buku ini. Maria adalah gadis Jerman. Jerman pada ketika itu sedang meningkat membangun. Maria berada dalam dilema apabila ibunya adalah fanatik mazhab Katolik manakala bapanya dan adiknya Bill pula tidak tergolong dalam mana-mana agama (Ateis). Malah bapanya begitu kuat mempertahankan fahaman liberal dalam aspek kehidupan. Bapanya telah menjadi agen meluaskan fahaman Ateis ke kebanyakkan negara termasuklah Egypt dan Turki. Pertemuannya dengan seorang pemuda dari Mesir telah membuka episod baru dalam usaha beliau mencari Tuhan. Berdebatan beliau bersama pemuda Mesir

Pengisian cuti semester

Assalamualaikum semua :) Sudah 2 minggu aku bercuti. Tak sabar rasanya nak menjadi mahasiswi di IIUM Gombak. 2 tahun aku menunggu untuk ini semua terjadi. Selama aku menjadi pelajar asasi CFS IIUM, aku banyak belajar untuk cekal dan sentiasa bersedia dalam pelbagai situasi. Aku tak tahu keadaan universiti lain, tapi sistem pelajaran pelajar asasi di UIA memang sangat mencabar emosi dan fizikal. Kalau kita tak tabah dan kuat, dengan mudah kita boleh berputus asa. Aku dah melalui itu semua dan aku bersedia untuk yang lebih mencabar..InsyaAllah. Sepanjang cuti ini, aku banyak menghabiskan masa di rumah kakak menjaga anak saudara. Kalau ikutkan, mereka ini sebaya sahaja dengan aku tapi title "makcik" itu lebih simbolik untuk mereka patut dangan aku. kerja aku mudah, just hantar jemput anak sedara pergi kelas tuition di ABIM. Ada jugak cabarannya bila aku kena drive AVANZA ke sana. Situasi cemas berlaku dan aku dah ceritakan di entry sebelum ini. Selain itu, kerja-kerja rumah

ready?

Sidang pembaca yang dimuliakan.. bila sebut saja pasal EXAM pasti seram sejuk kan? Semua pasti komen Belum READY..Huhu Everyone told that.. (sarcastic) yeah, it's happening to me now! owh, what I'm gonna do? I kind of regret, I shouldn't take my lecturer advice seriously. Taking MUET alone in stranger place is supposedly a nightmare! If not, I can go for my holiday to Hongkong this June-Sept.yupp, upset... This is my fate, maybe there is something good hidden..Allah knows better~  Anyhow, I should focus myself. At least I should have Level 3 and above. Thus, I must start preparing myself with many kind of stuff such as buy the book, practice and doa moga Allah permudahkan..hihii. 

Pengalaman di hon kereta

Assalamualaikum.. Entry kali ini nak meluahkan ketidakpuasan hati dihon bertalu-talu. Alkisahnya pagi tadi aku nak hantar lah my niece tuition dekat ABIM. Kononnya nak nak cepat ikotlah highway. Aku nih baru sahaja seminggu dapat lesen selepas memegang 2 tahun lesen P. So, aku lebih prefer guna lane kiri,sebab memang aku akan masuk kesimpang kiri. Tapi tahu-tahu jer lah keadaan pagi macam mana dengan penunggang motosikal bergerak seiring. Ada satu moto nih aku perasan dah memang dia nak pintas keta aku, ambik jer laa. Tapi aku tak puas hati selepas memintas boleh pulak ada hampir-hampir dengan bahagian depan keta aku. Kan aku dah terkejut, stereng kete terus ke kiri sikit! boleh pulak dia baru sedar sebab dia sedang membaca mesej!!! aku nih malas nak guna hon sebabnya aku tahu rasa selepas dihon. tapi ini memang salah penunggang tuh!! Next issue, tepat jam 1340 waktu Malaysia, aku nih dihon bertalu-talu oleh kenderaan belakang aku. Tak silap HILUX. Eh, hello..aku dah bagi signal n