Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Sihir, Ilmu hitam, Ilmu salah, Perbuatan Syirik.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Sudah lebih 5 bulan (atau lebih) aku tidak mengepost enty. Bukan menghilang, tapi sibuk dengan urusan Dunia dan akhirat. Hendak-Hendak pulak di bulan Syawal ini, banyak jemputan rumah terbuka (OPEN HOUSE) sanak saudara dan rakan-rakan. Tak terkejar rasanya.. Dalam kesibukan Open house, aku dikejutkan dengan satu berita yang selama ini aku tidak percaya. Semalam, keluarga aku mengambil keputusan untuk membawa aku berjumpa seorang ustadz yang mengubati orang cara Islam. Dia ini bukan bomoh atau dukun. Dia hanya manusia biasa yang mempunyai kelebihan menghafaz al-Quran yang mengamalkannya untuk tujuan perubatan cara Islam.  Semasa di rumahnya, ada lebih kurang 2 orang lagi berserta keluarga sedang menunggu turn untuk berjumpannya. Aku adalah yang terakhir pada malam itu. Astaghfirullah... Ustadz tu scan dan jelas memang aku terkena sihir. Sihir itu memang ditujukan untuk aku. Siapa lah yang berhasad dengki dengan aku ini??