Skip to main content

Pengisian cuti semester

Assalamualaikum semua :)

Sudah 2 minggu aku bercuti. Tak sabar rasanya nak menjadi mahasiswi di IIUM Gombak. 2 tahun aku menunggu untuk ini semua terjadi. Selama aku menjadi pelajar asasi CFS IIUM, aku banyak belajar untuk cekal dan sentiasa bersedia dalam pelbagai situasi. Aku tak tahu keadaan universiti lain, tapi sistem pelajaran pelajar asasi di UIA memang sangat mencabar emosi dan fizikal. Kalau kita tak tabah dan kuat, dengan mudah kita boleh berputus asa. Aku dah melalui itu semua dan aku bersedia untuk yang lebih mencabar..InsyaAllah.

Sepanjang cuti ini, aku banyak menghabiskan masa di rumah kakak menjaga anak saudara. Kalau ikutkan, mereka ini sebaya sahaja dengan aku tapi title "makcik" itu lebih simbolik untuk mereka patut dangan aku. kerja aku mudah, just hantar jemput anak sedara pergi kelas tuition di ABIM. Ada jugak cabarannya bila aku kena drive AVANZA ke sana. Situasi cemas berlaku dan aku dah ceritakan di entry sebelum ini. Selain itu, kerja-kerja rumah kami kongsi bersama. Setakat ini the situation is under control.hehe


Ada jugak waktunya aku berasa bosan. Entahlah tapi aku sudah kurang menonton televisyen. Mungkin aku dah terbiasa dengan bersekitaran hostel aku dulu. Nasib baik ada Diyana, kawan baik anak sedara aku tuh, dia banyak bagi aku pinjam novel-novel Islamic hasil nurkilan daripada Fatima Syarha dan suami, Hilal Asyraf dan penulis-penulis terkemuka samada dalam ataupun luar Negara. Terbaru aku baru sahaja habis membaca sebuah buku klasik dari penulis Turki yang bertajuk 'MARIA'. aneh juga bila aku sejak akhir-akhir ini gemar sungguh mengasing diri dengan membaca buku-buku Ilmiah. Tipu lah kalau aku tak baca langsung novel cinta. Ada juga tapi tak sekerap dulu. Mungkin usia aku yang dah genap 20 tahun jadi aku lebih menumpukan kepada kualiti penulisan sesebuah buku itu.






Comments

Popular posts from this blog

Segmen: TerjahTahun Baru AisyaHumaira'

Assalamualaikum... Subhanallah, cantik nya gambar pasangan pengantin baru..Dikesempatan ini nk ucapkan selamat pengantin baru, moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan mendapat 'waris' yang soleh serta solehah..Aminn... Rasa menarik pulak segmen INI .. Kalau sebut tahun baru mesti nak sebut baju baru, kasut baru, langsir baru..semuanya baru lahh..hihii.. So, kat sini saya nak sebut azam baru saya bagi tahun 2013.. - Azam yang pertama nak dapat result cemerlang dan pointer CGPA yang tinggi..supaya senang dapat biasiswa..Insyaallah.. -Azam yang kedua nak drive kereta dekat highway balik kampung..Saya sebenarnya takut nak drive tapi ntah macam mna boleh ambik lesen kereta..so, tahun 2013 saya kena jadi lebih berani! :D Azam-azam yang lain biarlah menjadi rahsia antara saya dengan-Nya.. p/s: kalu dapat topup 30, sya bersyukur sangat..hihiii.. (gurau jerr..V)

BlogWalking by DayangDeno

Milkcare by Natuwrel / Sabun Susu Beras / milksoap / milkmist

Hello¬ sayang sayang Masih ada ke yang baca blog sekarang ni? say hi dekat komen! Jadi fyza tahulah fyza nak berseorangan. hihi Korang pernah dengar tentang Sabun Susu Beras by Natuwrel? Takkan lah tak pernah dengarr, Odah de Vass dan 3-4 kali tayang tangan cerah gebu dia sebabkan guna Natuwrel. Boleh search di Facebook tentang MILKSOAP dan MILKMIST. Bukan kaleng-kaleng lagi! sudah beberapa kali masuk TV Anyway, Natuwrel telah berada di pasaran 7 Tahun! bukan sekejap.. dan 7 tahun menapak cuma mungkin dulu lebih dikenali WR Empire. 2 tahun lepas, lady boss rebranding semula menjadikan Natuwrel sebagai nama komersial setiap produk baru yang lahir Jom tengok set penjagaan badan dahulu! Chek this out gais! Bahan-bahan: Susu beras, susu oat, susu kelapa, minyak kelapa dara, gliserin serta penambahan Shea Butter. Sabun susu by Natuwrel ini adalah 100% sabun organik. Ianya dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Petani Muda (MADA), Kedah dengan menggunakan 100% bera...