Skip to main content

birthday Adriana

Alhamdulillah.. Birthday party berjalan dengan jayanya... Hari yang meriah dengan kedatangan anak buah dan anak jiran depan, belakang rumah.. Actually, dengan bilangan ahli keluarga je sudah meriuhkan suasana. [the more the merrier] hehee

Masak-memasak, itu kerja orang dewasa..saya masih kecik :) Kerja saya mengawasi kanak-kanak dan bab hidang menghidang. Nampak senang tapi bab jaga budak tu kena guna kudrat dan tenaga. Almaklum, baby bobot dah pandai berjalan, active nya toksah nak cakap. Terkenang waktu baby bobott masih kecik dan cumil cumil, banyak menangis dan bergantung pada susu formula saja.. kesian baby bobot. Tapi kasih sayang kami tak berbelah bagi, macam mana kami sayang yang lain, macam itu jugak kami sayang dia...

Talk about birthday girl Adriana, my anak buah yang ke berapa entah. Nana sambut birthday yang ke-10. Mama dia dah bagi advance hadiah kasut roda. Cantikk gilaaa! saya teringin nak satu...(serius, saya macam budak). 




Okeh, sorry jika disini agak terOverr, my birthday yg ke 10 tahun, eh, silap, my anak buah punya..haha
Mak sedara terOver excited tengok kek princess yang cumil ni. saya dah tak berpeluang nak kek macam ni walau hati meronta-ronta Nak Nak Nak!!!!!! haha


Party tu sepatutnya jam 3 petang, Alhamdulillah jam 4 baru mula, Huh! Yaya dan Atif anak jiran belakang dan Adibah anak jiran depan rumah datang. jadi makin ramai peserta permainan cari gula dalam tepung dan music chair. game cari gula dalam tepung ada sedikit konflik, terpaksa alihkan meja ping pong dan bila mula jer birthday girl kita majuk sebab comot muka.. Alahai, comelnya! 

Dalam jam 5.30 datang lagi sedara dekat bawak anak kecik-kecik. Makin bertambah meriah! Boleh jadi tadika dan saya cikgunya..heheee.. Thanks to kakak Amalina sebab uruskan atur cara game dan pemberian hadiah. Hadiah untuk saya mana???????

Ada sedikit lari dari landasan, game belon air tak menjadi kerana semua terlalu excited nak baling belon air tu. belom sempat bahagi kumpulan suma dah pegang belon air dan Balingg!!! basah lecun semua..hahaha
Untuk Acara lawan main ping pong ada yang incharge. tahu-tahu game mula dan esoknya beri hadiah.. Sdehh, sebab takdak siapa berani lawan dengan saya yang terror ni, Sangatt!

Waktu malamnya pulak, kami geng-geng remaja lawan main carom (beginikah eja?). main dengan amateur memang sayalah juara tapi pabila big brother bobot mari saja, suma dia kaut.. haiss.!!

Esok petangnya pulak kami semua ingin membuang lemak yang ada.. kami bermain bermacam game start dari ping pong, badminton, bola beracun hingga takraw..huh, sengal satu badan~ Kawan selalu berkata kepada saya "Untung laa mempunyai anak buah sebaya, boleh share bermacam perkara".. Yes, itu memang tak dapat dinafikan "Saya bersyukur kerana dilahirkan lambat.." :)


Akhirul Kalam, Hargai orang-orang sekeliling kita :D





"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do" 

Comments

Popular posts from this blog

BlogWalking by DayangDeno

Setia Hujung Nyawa

Listen! Listen! Listen!! Chantekk laa sekarang novel malayu banyak dijadikan filem/drama.. Kalau dulu-dulu lepas baca novel berangan malam-malam dapat jadi watak dalam novel.. haaa, sekarang boleh tengok orang lakon semula utk 'menghidupkan' watak dalam novel... Antara novel yang dah dijadikan filem/drama Lagenda budak setan, Ombak rindu, Adam & hawa dan ada beberapa lagi (tak ingat tajuk)... Recently, sure ramai peminat SETIA HUJUNG NYAWA kan kan kan...Tengok fb rasmi drama tu jer dah berpuluh ribu orang LIKE  FB . Untung laa... It's good for industry actually, bila ramai oarang melayu sendiri support drama tempatan... Aku rasa kalau cari dekat MPH pon dah susah kot novel ni... Kalau nak kena tempah.. Itu satu petanda ramai yang curious dengan Ending SETIA HUJUNG NYAWA ...Antara peminat novel yang aku kenal adalah sepupu aku sendiri. Beratus novel dia ada. Sampaikan aku boleh pinjam dekat dia je untuk novel SHN ni... Okehh, i know ada perubahan j...

Putrajaya as the place to visit in Malaysia.

Hi there, It's cold morning in Malaysia. I am interested to show you (the reader) about my country and its beautiful places. What can i say is i am proud to say as a Malaysian. The county is calm and peace. I feel bless to be born here.          Malaysia is famous with "Malaysia truly Asia". throughout the year, Malaysia is highlighted to be the most visited place. Somehow, there a people are not know this yet and i hope when he visits my blog, he would definitely know what it is and has kind of interest to visit and stay here.   If you are one of the tourist and traveler, choose this country for your next destination to visit. Where you come from is doesn't a matter. You are welcome here! :D             As for now, I would recommend about Putrajaya and its distinction. Its locates in Kuala Lumpur, Malaysia. The most spectacular place there is Masjid Putrajaya ( Putra Mosque). Everyone can enter this mosque bu...