Skip to main content

Aku Tunggu Kau part5


Part 5
***ajal kau sampai hari nihh***


Hampir sebulan Aie dan rakan-rakan bertempur dengan soalan-soalan SPM. Lagi satu paper mereka akan meraikan ‘Hari Kebebasan’.

“Aie, kau ada mohon apa-apa tak?? Such as JPA, Mara or MOE??”
“abang aku yang uruskan…”
“ satu jerk lagi paper..pastuhh kita cuti…bagus kan..”

“Hmm…” satu Paper je lagi??? Cepatnya masa berlalu… Naz..aku bakal kehilangan kau..

Tiada sorang pon tahu hubungan persahabatan antara Aie dan Naz. Dekat sekolah mereka seperti stranger. Tak bertegur sapa. Aie malas nak tegur Naz sebab takut cetuskan kontroversi yang mungkin akan mamatahkan banyak hati wanita..cehhh..mamat perasan! Naz pulak takut nak tegur Aie sebab tak tau nak cakap apa…

Pagi itu Aie agak canggung sedikit. Emaknya offer makan sandwich kegemarannya ‘sandwich tuna’ namun tiada riak keriangan di wajahnya. Almaklum hari ini hari terakhir peperiksaan. Bak kata tidur tak nyenyak makan tak selera. Terbayang-banyang bentuk soalan hingga mematikan selera.

“Hishh..pelik mak tengok Aishah ni, selalu ade jer selera makan, ni macam muka orang putus cinta jerr…??”

“Ishh, mak nih, ke kutub mana mak fikir nih, anak mak ni single lagi lah..”

“Hmm, yer laa.. cepat makan, nanti lambat pulak ke sekolah, semua barang dah bawak?? I.c, slip periksan, check betul-betul…”

“dah double check..”

“Jangan dirunsingkan sangat, jawab saja. Yang penting hati kena tenang.InsyaAllah mak doakan kejayaan milik Aishah yerr…”
“terima kasih mak..”
“Aishah pergi dulu..”

Seusai tangan maknya dicium, maknya memeluk erat untuk mengalirkan semangat buat anaknya itu. Lambaian kasih dua beranak mengiringi pemergian Ai eke medan perang. Ibu mana yang tidak bimbang, lebih-lebih lagi itulah anak bongsunya.” Bang, anak kita dah besar.”



“chayokk!!” semua bertungkus lumus menjawab soalan terakhir Prinsip akaun.. and Finally…
“Baiklah..masa sudah tamat. Berhenti menulis dan soalan serta kertas jawapan kamu akan dikutip.”
“Howwwyehh!! Lalalalala”

       Lagak banduan baru keluar jail semuanya. Adanya menjerit sekuat hati melepaskan perasaan dan ada jugak yang menconteng baju rakan-rakan, nak dibuat kenangan katanya. Minah sengat memulakan serangan yang telah seminggu dirancang. Apakah itu?!!

Fahmi adalah targetnya hari itu. Dah lama dia menyimpan dendam nak ‘pekenakan’ komanden Fahmi.
Aie and the gengs dah bersedia nak membaling belon air di tangan masing-masing ke arah fahmi.
“Ajal kau sampai hari nihh!! Kawan-kawan..seraaaangggg!!!”

“Weyhh, korang..apa korang nak buat nihh??” Fahmi yang beriak terkejut terus disentap dengan jeritan kawan-kawannya.

Memang maut fahmi sampai hari nihh..hahaha. semua rakan-rakan membaling belon air tepat ke sasaran dan habis lecun seragam Fahmi. Naz pon join sekaki.. Tak sangka budak tuhh periang rupanya.. Kemudian, mereka beramai-ramai berlari mengejar Fahmi lalu didukung dan ditimbang-timbang. Walau Fahmi teruk dibuli mereka, tetap tak lekang senyuman hingga menampakkan lesung pipitnya.





***********
   Seperti yang dijanjikan sejak awal. Sehabis sahaja peperiksaan, mereka akan keluar bersama meraikan hari kebebasan.

Hai guys…” Naz dan Aie menyapa Amira, Fahmi, Alia, Shah, Ranjit, Mey Mey dan Shaz.
“sorry, kami lambat..”

Hampir nak tercabut skru rahang Fahmi dan yang lain..Terkejut mereka melihat Aie dan Naz datang beriringan. Dah berbaikkah mereka?? Naz dan Aie sekadar tersenyum. Apalah yang ada dalam otak mereka sekarang agaknya??

“kami dah order..tinggal kau dan Aie je belom”

“Abang!!”
“Saya nak nasi goreng seafood dan girl sebelah saya nak nasi goreng Pattaya dan 2 orange juice”

Sekali lagi mereka bagai bersandar pada tiang alektrik yang kuat arus voltan. Saling berpandangan, entah-entah mereka secret couple tak?! Macam berpakat pulak, datang sama-sama, baju pon ada kemiripan.

Oihh, nihh dah lebih spekulasi kawan aku nihh..Yang Naz nihh punn satu, tolong order untuk aku pulakk…tahu laa kau faham taste aku!

“Lepas nih kau akan kemana Naz, maksud aku sambung belajar mana??” Ranjit memecah sepi yang mula menguasai.

“U.S..”

“Fullamak.. terbaekkk!!” Shah mula buat muka terkejut
“Bukan calang-calang orang dapat pergi sana..”

“Macam nak tambah lagi makan lah..” Alia bagai kanak-kanak merenget bila terasa makanan yang terhidap tak cukup. Besar seleranya hari ini!

“Syuuusshh..!!” Amira yang tadinya diam member isyarat kepada Alia supaya berdiam diri. Rang tengh bincang masa depan boleh pulak si Alia nih fikirkan perut dia jer!

“Kau ni bertuah sungguh, belajar rajin-rajin tau kat sana nanti, jangan lupa kirim khabar..” Fahmi dari dulu macam bapak orang. Pandai dia menasihati kawan-kawannya. Sebab itu mereka tabik spring terhadap Fahmi.

“Cemburunya aku, kat sana nanti mesti banyak awek cun-cun…bertuah lah kau nanti boleh bawak balik sorang..” Ranjit mula memasang angan-angan yang Naz akan balik bersama isteri campuran belanda dan anak-anak yang comel belaka. Jauh betul berangan!

Dalam diam Aie mula berpanas hati dengan usikan dari Ranjit. Ekor mata Naz pula tak lepas dari menatap muka Aie. Seperti dia dapat menangkap riak cemburu. Betul ke nih??

“Dah lewat.Aku nak balik.” Aie tak sanggup berlama-lama lagi. Baik dia blah!
“Aku hantar.”
“tak payah susah-susah”
“tak susah!”
“fine!”
“Dah macam laki bini aku tengok!” Fahmi bersuara.
“Malang aku!”


“Hahahaha..Kau ni Aie..”  spontan semua ketawa.


Mereka berpisah jua. Bukan berpisah selamanya kerana takdir itu siapa dapat menduga. Mungkin mereka ada yang terciptakan untuk bersama sebagai sahabat atau pasangan hidup mungkin. Pengalaman demi pengalaman akan dikutip dan disisipkan kedalam diari biar apabila mereka bertemu nanti, Ada cerita yang menanti..












P/s: sorry lambat masukkan part5.. terlalu sibuk sepanjang final exam..lepas tu sibuk pulak nak pergi bercuti..hihiii, sorry again! :D

Comments

Popular posts from this blog

BlogWalking by DayangDeno

Milkcare by Natuwrel / Sabun Susu Beras / milksoap / milkmist

Hello¬ sayang sayang Masih ada ke yang baca blog sekarang ni? say hi dekat komen! Jadi fyza tahulah fyza nak berseorangan. hihi Korang pernah dengar tentang Sabun Susu Beras by Natuwrel? Takkan lah tak pernah dengarr, Odah de Vass dan 3-4 kali tayang tangan cerah gebu dia sebabkan guna Natuwrel. Boleh search di Facebook tentang MILKSOAP dan MILKMIST. Bukan kaleng-kaleng lagi! sudah beberapa kali masuk TV Anyway, Natuwrel telah berada di pasaran 7 Tahun! bukan sekejap.. dan 7 tahun menapak cuma mungkin dulu lebih dikenali WR Empire. 2 tahun lepas, lady boss rebranding semula menjadikan Natuwrel sebagai nama komersial setiap produk baru yang lahir Jom tengok set penjagaan badan dahulu! Chek this out gais! Bahan-bahan: Susu beras, susu oat, susu kelapa, minyak kelapa dara, gliserin serta penambahan Shea Butter. Sabun susu by Natuwrel ini adalah 100% sabun organik. Ianya dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Petani Muda (MADA), Kedah dengan menggunakan 100% bera...

korean drama all time/ oldie drama (winter sonata, autumn in my heart, princess hour and full house)

WINTER SONATA was hit Malaysia in the year 2002. I was a middle schooler back then. I remembered that almost all my family members were gathered at the living room each time it was aired. We were anticipated over this drama. Korean drama was tied with Hindi movie of that year.  Bae yong-joon and Choi ji woo got their fame not long after this drama was finished. There were  sculptures and places dedicated for them. those memorable items become the tourism attractions until now. AUTUMN IN MY HEART was released earlier than winter sonata, in year 2000. This drama became phenomenon and referred as korean wave since then. It was a melodic drama. It was hard not cry over this. Besides, these two drama were made into remake drama(s).  A romantic drama from GOONG / PRINCESS HOUR, it brought me to a fairy tale of royal family. In the year of 2006, this was another drama from korea which has mesmerized people. The drama was fined and creative to be...