Skip to main content

Yang 'Single' menyambut raya.



SHRMZB (ingat sejenis nama sekolah, rupanya singkat)

Raya ke-10 dah kita? ada yang dah start puasa 6?

Teringat admin raya pertama baru-baru ini, tiada part yang best bagi admin yang masih single mingle ni. Sekejap sahaja dapat merasmikan baju raya kerana dipaksa sibukkan diri di dapur bersama periuk dan cawan-cawan. Ini masalah seantero orang yang single (terutama perempuan). Mungkin.

Ada yang single dapat beraya bersama kawan-kawan, famili tu...admin ucapakan tahniah! Kahkah tak jealous pun.TAK.

Walapun cuma sempat beraya ke 3 buah rumah (itupun rumah bapa sedara, dan jiran), admin dapat juga duit raya RM100. Alhamdulillah.

Admin dari seminggu sebelum raya lagi dah sibuk kemas rumah, bersihkan bilik-bilik, mop lantai, siapkan juadah berbuka. Pagi raya pun masih sibuk. Mujur juga ada kakak-kakak ipar yang ringan tulang membantu masak macam nak kenduri. Admin Failed bab masak periuk besar ni, risau tak cukup rasa. Tapi mereka boleh pergi beraya selapas dah masak juadah-juadah. Tinggal lah admin seorang diri di dapur. DAPUR lagi.

Ada baiknya juga berada di dapur dari menjadi 'bawang' yang dikupas dari makcik-makcik yang datang bertandang. Admin tak larat nak beri jawapan yang 'memuaskan'. "Bila nak kahwin?", "Dah kerja?" Rasa nak record and play sahaja semasa di tanya. Hihi

TAK. admin tak marah bila makcik-makcik bertanya. Mungkin niat mereka baik nak mengetahui perkembangan semasa admin tapi tak perlu lah elaborate berserta riak muka yang tidak puas hati dengan jawapan yang admin beri. Admin ada hati. Self-esteem admin dah berkurang dari day 1 raya ni.

Admin tak sangkal kalau lelaki single juga menghadapi perkara yang sama. Admin ucapkan Tahniah dan Takziah. KITA SENASIB.


Ini sahaja nurkilan admin di pagi raya ke-10.


Comments

Popular posts from this blog

Segmen: TerjahTahun Baru AisyaHumaira'

Assalamualaikum... Subhanallah, cantik nya gambar pasangan pengantin baru..Dikesempatan ini nk ucapkan selamat pengantin baru, moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan mendapat 'waris' yang soleh serta solehah..Aminn... Rasa menarik pulak segmen INI .. Kalau sebut tahun baru mesti nak sebut baju baru, kasut baru, langsir baru..semuanya baru lahh..hihii.. So, kat sini saya nak sebut azam baru saya bagi tahun 2013.. - Azam yang pertama nak dapat result cemerlang dan pointer CGPA yang tinggi..supaya senang dapat biasiswa..Insyaallah.. -Azam yang kedua nak drive kereta dekat highway balik kampung..Saya sebenarnya takut nak drive tapi ntah macam mna boleh ambik lesen kereta..so, tahun 2013 saya kena jadi lebih berani! :D Azam-azam yang lain biarlah menjadi rahsia antara saya dengan-Nya.. p/s: kalu dapat topup 30, sya bersyukur sangat..hihiii.. (gurau jerr..V)

BlogWalking by DayangDeno

Shopping di ShenZhen lebih Murah

MOSTLY PEOPLE SAY " BARANG DI CHINA LEBIH MURAH"  WELL, I THINK SO.. BARU-BARU INI AKU KE SHENZHEN DAN AKU LIHAT BARANG-BARANG TERJUAL DENGAN BEGITU MURAH SEKALI... PALING PENTING, HARGA BOLEH DITAWAR DENGAN SEMURAH YANG MUNGKIN!!! CONTOHNYA NAK BELI BAJU TIDUR BERHARGA 160 YUAN..ANDA BOLEH TAWAR SEHINGGA 25 YUAN SAHAJA! TRY AND BUY IT! TAPI TENGOK MUATAN BAGASI JUGAKLAH.. BIASANYA BARANG-BARANG BUATAN TANGAN SEPERTI SARUNG TILAM, SARUNG BANTAL.. BAJU TIDUR CANTIK DAN BERFESHION SELAIN BARANG TEMBIKAR...MURAH SANGAT!!! SO, SESIAPA YG SEDANG MERANCANG NAK BERCUTI KE LUAR NEGARA CUTI HUJUNG TAHUN NIH..BOLEH LAH CONSIDER NAK PERGI KE SHENZHEN INI.. MAKANAN HALAL JUGA MUDAH TERDAPAT DI RESTORAN-RESTORAN BERDEKATAN TEMPAT PENGINAPAN...  Visa In most cases, a visa should be obtained from a Chinese embassy or consulate before arriving anywhere in China. See the  China  page for more information. Certain nationalities arriving from Hon...