Skip to main content

Taman Ilmu dan Budi (the garden of knowledge and virtue)

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Aku diberi kesempatan utk menyambung degree di UIAM

Yeah, now I'm officially an undergraduate of IIUM. Pelbagai cerita suka dan duka saya telah lalui untuk menjejakkan kaki ke universiti ini. Mungkin tidak sesukar rakan-rakan saya yang lain tetapi masih memberi satu 'cerita' dalam kehidupan saya. Oke, lupakan kisah silam dan mulakan episode baru dalam perjuanganku...

Hari Pertama- mixed feeling, sedih, risau, gembira pun ada. Selepas mendaftar di mahallah, bermulalah Taaruf week (TAWE)  atau di luar sana lebih akur dengan istilah orentasi pelajar baru. Namapun orentasikan, aktiviti yang ditentukan memang padat dan memenatkan. At first, memang rasa nak marah dengan committees tapi bila fikir-fikir balik, memang itulah waktu dan kesempatan yang diberikan. Lagi pun TAWE kami singkat, mungkin sebab itu terkejar-kejar sikit. Aktiviti banyak diadakan di masjid SHAS UIAM dan bangunan CAC. Bila dalam CAC, kami disajikan dengan pelbagai talk and briefing. Bermula dari ucapan deputy Rector of IIUM, Prof,Datuk Dr. Mizan Hitam. Humble orangnya dan informasi yang diberikan sangat bertepatan dengan masalah dan resolusi pelajar baru. Kemudian, ada juga briefing dari SLEU, Counseling Unit, Student Unit of Finance division, AMAD, CCAC and etc. Saya nak highlightkan di sini dengan talk yang diberikan oleh Alumni UIAM yang menyebabkan saya rasa berbangga menjadi salah seorang graduasi UIAM. Berdirinya bekas-bekas graduasi UIAM yang telah mendapat pencapaian cemerlang dalam hidup telah memberikan saya impian untuk menjadi seperti mereka. Tak sabarnya!

 Detik yang ditunggu-tunggu, kami di raikan di Bai'ah ceremony. Ianya event yang sangat penting, tiada event tersebut maka tidak lenkap lah TAWE kami. Waktu ini, semua VVIP UIAM berjalan masuk dengan gahnya di karpet merah. Terima kasih kepada Rector UIAM, Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamaruddin kerana telah merasmikan majlis Bai'ah kami. Saya rasa bersemangat apabila melihat kaum wanita juga mampu mencapai tahap tertinggi dalam hidup.

Hari-hari berikutnya- Tamat saja TAWE, terus kami sibuk dengan urusan add/drop (tambah/gugur) subjek. Memang penat! berkejar ke sana kemari. Belum lagi cerita tentang tak jumpa jalan dan sesat. Naik turun tangga kemudian beratur. Ianya memang pengalaman yang memenatkan! Jika di CFS IIUM dulu, students diberikan study plan dan ada advisor yang siap-siap key in nama kita dalam group. Tapi di UIAM Gombak ni, pandai-pandai lar bawak diri! Study plan disediakan tapi sendiri fikir nak ambik section mana, course apa nak ambil untuk first sem dan second sem. Masa ni lah kita memerlukan senior-senior yang tahu serba sedikit routine and procedure add/drop session.



Nothing to say dah, meh layan pictures saya dan rakan-rakan pulaks :D



Q: Satu jerk?!
A: Cukup lar menceritakan segalanya.. hihii



Blogger sambilan,
fiejah

-TO BE CONTINUED-







  

Comments

  1. tumpang lalu student uia ^_^
    http://rafiq-icelemontea.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. silakan lalu lalang disini..
    dah follow, follow me back (if sudi)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BlogWalking by DayangDeno

Setia Hujung Nyawa

Listen! Listen! Listen!! Chantekk laa sekarang novel malayu banyak dijadikan filem/drama.. Kalau dulu-dulu lepas baca novel berangan malam-malam dapat jadi watak dalam novel.. haaa, sekarang boleh tengok orang lakon semula utk 'menghidupkan' watak dalam novel... Antara novel yang dah dijadikan filem/drama Lagenda budak setan, Ombak rindu, Adam & hawa dan ada beberapa lagi (tak ingat tajuk)... Recently, sure ramai peminat SETIA HUJUNG NYAWA kan kan kan...Tengok fb rasmi drama tu jer dah berpuluh ribu orang LIKE  FB . Untung laa... It's good for industry actually, bila ramai oarang melayu sendiri support drama tempatan... Aku rasa kalau cari dekat MPH pon dah susah kot novel ni... Kalau nak kena tempah.. Itu satu petanda ramai yang curious dengan Ending SETIA HUJUNG NYAWA ...Antara peminat novel yang aku kenal adalah sepupu aku sendiri. Beratus novel dia ada. Sampaikan aku boleh pinjam dekat dia je untuk novel SHN ni... Okehh, i know ada perubahan j...

Pertama Kali belajar IoT (Internet Of Things) di Asia Pacific University!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Peradaban manusia makin menjurus kepada teknologi! Semua negara membangun mula mengaplikasikan 4IR (4th industrial revolusion) dimana semakin canggih teknologi yang akan dapat kita lihat. Antara elemen 4IR adalah Internet of Things! apakah? Fyza pun mulanya keliru dan tak tahu langsung tentang IoT. Sehinggalah fyza mendaftar masauk ke kelas Teknologi Dalam Pendidikan.  Mulanya fyza pun bersangka  macam tak ada kaitan dengan hidup. haha Rupanya, ada juga perkara baru yang fyza boleh belajar. Berbalik kepada topik, sebelum negara mengisytihar PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), fyza dan rakan-rakan serta pensyarah sempat membuat lawatan dan workshop tentang Internet of Things di Asia Pacific University. Nak masuk diperketatkan, kena masuk dengan PASS dan pakai hand sanitizer dulu. Mulanya agak berasa bimbang takut lah kena coding atau JAVA. Fyza bukan backgroud orang IT. Walaupun dulu minat tapi tak ada orang nak ajar.. nak amb...