Skip to main content

Ratu Cantik Dunia Lelaki






artikel dekat SINI
Lelaki boleh jadi pemenang ratu cantik dunia
NEW YORK - Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe kelmarin membenarkan lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina menjadi peserta sekali gus berpeluang dimahkotakan sebagai wanita paling cantik di dunia.
Pertubuhan Hak Gay dan Transgender (GLAAD) menyatakan, lelaki yang menukar jantina akan dibenarkan membuktikan kebolehan mereka dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa itu bermula pada tahun 2013.
Sebelum ini, seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina, Jenna Talackova telah dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada.
Lelaki yang menukar jantina menjadi perempuan dibenarkan bertanding selepas Talackova mempertikaikan keputusan pihak penganjur pertandingan itu membatalkan penyertaannya.
Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe yang dimiliki oleh bilionair terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini menetapkan hanya peserta yang lahir sebagai wanita sahaja dibenarkan bertanding.
Talackova, 23, menjalani enam pembedahan untuk menukar jantina.
Dia mula menjalani pembedahan itu semasa berusia 19 tahun.
Maklumat dalam pasportnya menyatakan bahawa dia seorang wanita.
Kemasukan peserta lelaki yang telah menukar jantina itu akan menyebabkan pemenang pertandingan Ratu Cantik Universe tidak lagi terdiri daripada wanita tulen.
Pertandingan Ratu Cantik Universe diadakan di beberapa buah negara bagi memilih wakil untuk bertanding pada peringkat dunia. - Agensi

Komen si cute SINI
  • still ratu cantik ke?? konfius
  • 'Mereka' ingin diterima umum (salah cara kott)






Comments

Popular posts from this blog

Segmen: TerjahTahun Baru AisyaHumaira'

Assalamualaikum... Subhanallah, cantik nya gambar pasangan pengantin baru..Dikesempatan ini nk ucapkan selamat pengantin baru, moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan mendapat 'waris' yang soleh serta solehah..Aminn... Rasa menarik pulak segmen INI .. Kalau sebut tahun baru mesti nak sebut baju baru, kasut baru, langsir baru..semuanya baru lahh..hihii.. So, kat sini saya nak sebut azam baru saya bagi tahun 2013.. - Azam yang pertama nak dapat result cemerlang dan pointer CGPA yang tinggi..supaya senang dapat biasiswa..Insyaallah.. -Azam yang kedua nak drive kereta dekat highway balik kampung..Saya sebenarnya takut nak drive tapi ntah macam mna boleh ambik lesen kereta..so, tahun 2013 saya kena jadi lebih berani! :D Azam-azam yang lain biarlah menjadi rahsia antara saya dengan-Nya.. p/s: kalu dapat topup 30, sya bersyukur sangat..hihiii.. (gurau jerr..V)

BlogWalking by DayangDeno

Shopping di ShenZhen lebih Murah

MOSTLY PEOPLE SAY " BARANG DI CHINA LEBIH MURAH"  WELL, I THINK SO.. BARU-BARU INI AKU KE SHENZHEN DAN AKU LIHAT BARANG-BARANG TERJUAL DENGAN BEGITU MURAH SEKALI... PALING PENTING, HARGA BOLEH DITAWAR DENGAN SEMURAH YANG MUNGKIN!!! CONTOHNYA NAK BELI BAJU TIDUR BERHARGA 160 YUAN..ANDA BOLEH TAWAR SEHINGGA 25 YUAN SAHAJA! TRY AND BUY IT! TAPI TENGOK MUATAN BAGASI JUGAKLAH.. BIASANYA BARANG-BARANG BUATAN TANGAN SEPERTI SARUNG TILAM, SARUNG BANTAL.. BAJU TIDUR CANTIK DAN BERFESHION SELAIN BARANG TEMBIKAR...MURAH SANGAT!!! SO, SESIAPA YG SEDANG MERANCANG NAK BERCUTI KE LUAR NEGARA CUTI HUJUNG TAHUN NIH..BOLEH LAH CONSIDER NAK PERGI KE SHENZHEN INI.. MAKANAN HALAL JUGA MUDAH TERDAPAT DI RESTORAN-RESTORAN BERDEKATAN TEMPAT PENGINAPAN...  Visa In most cases, a visa should be obtained from a Chinese embassy or consulate before arriving anywhere in China. See the  China  page for more information. Certain nationalities arriving from Hon...