Tajuk: Gadis disebalik seragam
Sinopsis:
Kisah rekaan
penulis diadaptasi dari beberapa buah cerita korea dan Manga. Miyako Hongo adalah seorang gadis Jepun yang baru berpindah
ke Seoul dan suka hidup bebas diberi
peluang untuk menjadi seorang pelajar kelas bawahan di sebuah sekolah golongan
elit. Dia ingin meninggalkan segala kemewahan serta butlernya untuk merasai
hidup sederhana. Hari pertama, dia
dengan tidak sengaja hampir dilanggar oleh sebuah kereta skyline putih milik
Rei. Satu pergaduahan besar berlalu
antara mereka dan mereka menjadi musuh ketat! Tom, Senn dan Jombo pula adalah
sahabat baik Rei sejak kecil. Sejak itu, hari-hari Miyako sering diganggu oleh Rei
dan rakan-rakannya. Namun, suatu perasaan aneh muncul tiap kali Miyako dan Rei
bertengkar. Kemunculan Mei mengundang cemburu Miyako dan bertindak ingin
membongkar penyamarannya. Adakah Miyako akan Berjaya memperoleh apa yang
diinginkannya??
Watak-watak :
As Miyako |
As Rei |
As Shibata Rihito-sama |
Tokyo*
“Konichiwa papa”
“Selamat pagi, sayangku Miyako.” Papa sejak awal lagi
menunggu Miyako di meja makan untuk bersarapan bersama.
“Kamu sudah bertekat untuk meninggalkan papa??”
“Papa, Miyako Cuma ingin berlajar hidup berdikari…”
“terserah kamulah…. Papa setuju”
“Arigato, Papa” Miyako lantas bangun lalu memeluk erat papanya.
Miyako sedang melipat kainnya masuk ke dalam alamari sambil
bernyanyi. Pintu biliknya diketuk oleh seseorang “ Miyako, makcik minta maaf
jika bilik ini terlalu kecil dan berbeza dari bilik Miyako yang dulu…”
“Bukan makcik, tapi mak… kamu adalah mak Miyako”
“Biann, mak cik..err mak lupa…”
“Baiklah, mak keluar dulu. Jangan lupa esok pagi ayah akan
hantar kau ke sekolah baru. Jadi, bangun awal tau..”
“Baiklah..”
Miyako melihat sekeliling biliknya. Memang bilik ini sangat
kecil. Malahan, tiada butler yang membentunya melipat kain dan menyediakan
barang keperluannya.. Miyako melihat ke luar tingkap biliknya, ada buaian kecil
dan ampaian besar yang dipenuhi basuhan maknya. Mak dan ayah Miyako
mengusahakan hotel kecil manakala adiknya masih bersekolah rendah. Miyako rapat
dengan mereka sejak papa membawanya ke hotel ini 3 tahun yang lepas.
“Hayakun! Hayakun! Miyako, ayah rasa kamu sudah lambat untuk
ke sekolah…”
“Gomene..Miyako sudah lambat..”
Van biru lusuh laju dipandu ayahnya agar Miyako sempat ke
sekolah. Miyako turun tidak jauh dari pintu pagar sebuah sekolah elit Shinwha.
Miyako berlari-lari masuk ke dalam sekolah tersebut. Tiba-tiba, Miyako terjatuh
kerana terkejut mendengar bunyi brek yang sangat kuat. Sebuah sereta Skyline
putih hampir melanggarnya!
“oi, gila ker main lintas tak pandang kiri kanan??” Seorang
lelaki sebelah pemandu mengherdiknya. Kerata Skyline it uterus dipandu hingga
hilang dari pandangannya.
“tak guna, kereta tu yang pandu laju macam jet dalam kawasan
sekolah. Aku pulah disalahkan. Macam ini agaknya orang kaya dekat sini!”
Miyako
bangun dan berjalan masuk ke dalam sekolah mewah itu. Miyako dibawa oleh
seorang wakil pelajar berjalan-jalan dalam kawasan sekolah tersebut. Wakil
pelajar itu menunjukkan padang sekolah, perpustakaan dan kantin sekolah
bertaraf 6 bintang. Miyako diberitahu makanan disini disediakan oleh chef-chef
terkenal dan rata-rata harganya mahal. Miyako terkejut dan mengeluarkan duit
dari koceknya. Patutlah maknya menyediakan bekal makanan untuknya kerana harga
makanan disini sangat mahal! Miyako dibawa ke dalam kelas dan diperkenalkan
kepada pelajar-pelajar lain.
“Nama saya Miyako…Saya baru berpindah dari Tokyo.Selamat
berkenalan semua..” Miyako tunduk cara jepun kepada semua pelajar yang berada
disitu. Miyako terpandang kepada seorang lelaki yang nampak bersahaja dan rakan
disebelahnya yang nampak terkejut. “ Mereka yang hampir melanggar ak tadi!”
Miyako duduk dibangku kosong dan sembunyi-sembunyi mengintai
kebelakang. Miyako kini berada di dalam kelas yang hanya menempatkan 10 orang
pelajar. Loceng rehat dibunyikan lalu Miyako membawa bekalnya ke kantin. Miyako
duduk bersendirian di meja kosong. Dua orang gadis sebaya menghampirinya.
“hai, Kau ni tak ‘class’ langsung! Di sini mana ada orang
bawak bekal macam kau, orang miskin!” Serdas herdikan diterimanya. Ikutkan hati
macam nak ‘telan’ jerr minah dua orang ni.
“ Saya tak kisah apa korang nak anggap.. yang penting aku
tak susahnya mak bapak aku nak sediakan duit yang banyak untuk membeli makan
tengahhari.”
Salah seorang pelajar perempuan menuangkan air kedalam bekal
milik Miyako. Miyako tekejut dan bertindak ingin menampar namun tangannya
dicekam erat oleh Stella dan Hebe terlebih dahulu menamparnya. “Pangggg!”
Semua orang mulai membuat bising namun tiba-tiba 4 pelajar
lelaki berlalu.. Salah seorang dari pelajar lelaki tersebut sempat melemparkan
senyuman setan “Serve you right!”
Betapa sakit hati dan malunya Miyako diperlakunya sebegitu.
Miyako berlari sambil mengesat air mata yang hampir tumpah dari bibir kelopak
matanya. Miyako berjalan lemah menuju ke kelasnya. Walaubagaimanapun, dia
ternampak seorang pelajar perempuan menangis sambil mengesat kasut milik
seorang pelajar lelaki yang amat dikenalinya, Rei.
“Stop!”
Miyako menarik tangan Suzi dari cuba mengesat sepatu Rei.
“tak gentleman langsung membiarkan perempuan mengesat kasut
kau!”
“Miyako, saya yang salah kerana tidak sengaja melanggar dan menjatuhkan
ais krim atas kasut Rei” Suzi cuba menenangkan keadaan.
“hah, Kau tahu tak kasut aku ni mahal, kau belum tentu dapat
menggatikan kasut ini!”
‘Pannggg’ Miyako menampar muka Rei kerana tidak puas hati.
Ramai pelajar disitu melihat kejadian memalukan itu. Miyako mambawa Suzi jauh
dari situ.
Miyako terjumpa suatu tempatnya sunyi dalam kawasan sekolah
tersebut. Senn muncul tidak beberapa
lama kemudian. “tempat ini sunyi dan menenangkan..”
Miyako memandang dalam mata Senn. Renungan mata Senn tidak
seperti rakan-rakannya yang lain. Malah, Senn senyum kepadanya.
“Berani kau buat Rei macam tu, kau takkan tahu apa akan
terjadi selepas ini. Sekarang kau akan jadi musuh F4”
Senn meninggalkan Miyako dengan perasaan bersalah.
Sejak hari itu semua pelajar sekolah Shinwha bermusuh
dengannya gara-gara tersebar gambar Miyako menampar ketua kumpulan F4 yang juga
anak pemilik sekolah elit tersebut. Hidup Miyako seperti mangsa keganasan.
Beberapa kali dia hampir terkurung di dalam bilik air dan disimbah air. Malahan,
habis bajunya berbau apabila ramai pelajar membaling tepung dan telur ke
arahnya.
“Miyako, kamu ada party birthday rakan ya. Habis baju kamu
kotor…” Mak tidak dapat megesan apa yang telah berlaku di sekolahnya.
“err, ya…” Miyako hampir sahaja menangis kerana cuba
menyembunyikan kejadian tengahari tadi.
Pagi itu Miyako bertekad akan membalas semula. Miyako ke
sekolah dengan penuh semangat. Ramai pelajar tumpas kepadanya apabila dia
menunjukkan bakatnya dalam seni mempertahandan diri dari Jepun.
Rei dalam diam berasa kagum dengan semangat Miyako. Walau
ramai yang cuba membuli tapi Miyako punya seribu cara melawannya. “Gadis ini
istimewa..” Hampir tesentak tiga lagi kawannya. Jarang sekali Rei memuji orang.
Rei membuat pengumuman semasa ramai pelajar sedang makan di
kantin termasuk Miyako yang berselera makan roti sandwich kegemarannya.
“ Mulai hari, sesiapa pun tidak boleh mebuli Miyako kerana…dia
kan menjadi girlfriend aku!”
Miyako bangun lantas ingin menampar mulut celupar milik Rei.
Belum sempat dia bertindak, Rei terlebih dahulu mengakul pinggang Miyako. Rei
mengenyit mata kepada Miyako.
Ramai pelajar tekejut dan tidak kurang juga ramai pelajar
perempuan menangis. Miyako berang lalu memijak kasut Reid an meninggalkan
tempat kejadian. Rei berlari mengejarnya. Muka Senn Nampak suram setelah
mendengar pengakuan dari Rei
“Kau gila! Kau cuba membalas dendam dengan cara menjadikan
aku gf kau kan”
“Teserah kau… apa yang aku tahu sekarang kau officially gf
aku, nak tak nak kau kena setuju..atau…”
“atau apa?!”
“aku akan buang Suzi dari sekolah ini….”
“Apa?? Mana aci main ugut macam ni..”
“Terserah aku lah..” Rei tersenyum puas apabila Miyako
terdiam seribu bahasa.
Sudah tepat 100 hari Miyako dan Rei officially pasangan
kekasih. Walaupon Miyako Nampak masih tidak dapat memahami perasaannya terhadap
Rei tapi dia mulai mengenal sifat Rei yang sebenarnya jauh berbeza dari
tanggapannya dahulu. Rei pula apabila berhadapan dengan Miyako, tidak dapat
lagi menyembunyikan perasaannya.
Laut mana tidak berombak, sejak mak rei tahu
latar belakar Miyako seorang yang miskin, mak Rei tidak merestui hubungan
mereka malahan merangcang ingin menjodohkan anaknya dengan anak pemilik
syarikat perkapalan terkemuka, Mei.
Mak Rei bertindak mengugut anaknya untuk menjatuhkan
perniagaan milik ayah Miyako supaya mempersetujui pertunangan Reid an Mei.
Sejak itu Rei bersikap dingin terhadap Miyako.
Suatu hari, Miyako diundang ke majlis birthday Rei yang
diadakan di sebuah Hotel mewah milk keluarga Rei. Miyako dibawa Senn dan Jombo
ke butik dan mengenakan busana mewah dan solekan ke majlis tersebut
Miyako duduk dimeja tengah bersama Senn, Jombo dan Tom.
Bayang kelibat Rei masih juga tidak kelihatan. Tiba masa mak mei naik ke atas
pentas dan member ucapan.
“Terima kasih kepada para tetamu yang hadir ke party
birthday Rei. Hari ini juga saya dengan perasaan yang sangat gemira inigin
mengumumkan pertunangan antara Rei dam Mei..”
Reid dan Mei ke atas pentas untuk menyarungkan cincin. Mata
Miyako mulai Bekaca tapi dia cuba menahan diri dari tejaduh kedalam ‘permainan’
mak Rei. Miyako dapat melihat kawan-kawan Rei jugak bereaksi terkejut kerana
tidak mengetahui tengtang pertunangan ini. Miyako menghantas senyuman kepada
mereka agar mereka tidak bimbang dengan keadaanya.
“Saya juga berbesar hati untuk memanggil kawan Rei bagi
membuat persembahan sempena berita gembira ini, Miyako”
Sekali lagi Miyako bagai terkena kejutan elektrik. Miyako
lantas bangun dan naik ke atas pentas.
“Saya…… saya akan memainkan piano, harap hadirin
menyukainya.”
Miyako duduk dikerusi dan menarik nafas sedalamnya. Miyako
mula menekan-nekan key piano dan menainkan lagu hasil karya Mozart. Miyako amat
selesa memainkan lagu dari Mozart kerana dulu dia sering memepersembahkan
bakatnya itu dalam majlis papanya. Biarlah kali ini dia menghadiahkan lagu ini
untuk Rei.
Hadirin begitu teruja melihat kecekapan Miyako memaikan
piano. Apabila Miyako tamat memainkannya, tepukan gemuruh diberikan. Tak
habis-habis ramai yang mengucapkan tahniah ke atasnya malahan seperti acara pertunangan
itu telah dilupakan. Miyoko bertahan hingga ke saat akhirnya.
“awak boleh menari???”
“awak ajak saya menari ke??”
“tentu sekali..”
Senn menhulurkan tangan dan Miyako menyambutnya. Miyako
menari dengan penuh persona hingga ramai hadirin menonton tariannya bersama
Senn. “Awak pandai menari rupanya…”
Miyako keluar dari dewan berseorangan. Hadirin lain juga
mulai meninggalkan dewan tersebut. Sedang miyako terleka, dia terdengan satu
suara yang amat dikenalinya.
“Cik muda, biar saya iring ke kereta”
“Shibata Rihito-sama…”
“Cik muda…” Shibata muncul bersama dua lagi lelaki lengkap
berpakaian casual hitam.
Ramai hadirin melihatnya dan mulai bercakap tentangnya.
“itu Shibata Rohito, seorang butler milik keluarga jutawan
jutawan Hongo.. Walaupun dia masih muda tapi keluarga Hongo memandang tinggi
dia sehinggakan bayak urusan Hongo dia
yang urusan.”
“ya.. adakah gadis yang membuat persembahan tadi ada kaitan
dengan keluarga Hongo?”
Mak Rei mendengar perbualan itu dan mengarah perkerjanya
menyiasat semula latar belakang Miyako.
“Rihito-sama, jangan lah awak berkerja. Saya pandai mengurus
diri saya sendiri. Awak patut menemani papa..”
“Cik muda, saya berkhidmat untuk keluarga Hongo. Sudah
menjadi kewajipan saya menghiburkan cik muda Miyako.”
“Awak ada urusan di Seoul ke?”
“Ya. Esok saya akan membawa cik muda ke satu persidangan
langsung bagi kerjasama syarikat Hongo dan syarikan Shinwha”
“Apa, saya akan menjadi wakil papa??”
Pagi itu Miyoko diiring Rihito ke sekolah dengan menaiki
kereta mewah. Miyako dilayan seperti seorang puteri oleh butler kesayangannya.
Butler Rihito teleh lama berkhidmat untuk keluarganya, sejak Rihito masih
menuntut lagi.
Miyako diikut kemana-mana malahan Rihito telah menyediakan
meja khas serta pebagai jenis hidangan untuk lunch di kantin sekolahnya. Dia
tahu ramai yang memandangnya tapi apakan daya itu memang perkerjaan Rihito. Rei
dam Mei juga duduk dimeja tidak jauh darinya. Sejak pertunangan, Mei telah
berpindah kesekolahnya, seminggu yang lalu. Sejak itu dia tidak lagi menegur
kumpulan F4.
Miyako menerima isyarat dari Rihito agar segera menukar
pakaian. Miyako mengenakan pakaian kerja bewarna hitam dan kelabu dan
mengenakan solekan nipis. Dia keluar dengan gaya seorang wanita berkerjaya.
Ramai yang terpegun.
Miyako ditemani Rihito ke bilik meeting syarikat Shinwha.
Hari ini dia akan bertemu lagi dengan mak Rei. Dia berasa sedikit gementar
melihat mak Rei telah pun berada di situ bersama Rei, lelaki yang sangat
dicintainya.
“Cik Miyako adalah wakil dari keluarga Hongo dan dialah yang
akan menandatangani kertas perjanjian”
Sebelum menandatangan, Miyako menyampaikan hasrat papanya.
“Papa
saya orang Jepun dan mama saya orang Korean, mereka sejak dulu berhasrat ingin
membuka sayap perniagaan milik keluarga kami ke Korea dan hari ini impian itu
akan menjadi reality. Papa telah memberi tanggungjawab kepada saya untuk
menguruskan peniagaan ini. Sebagai anak tunggal dan masih belajar, perkara ini pasti
amat sukar untuk saya jayakan tanpa bantuan dari semua. Saya berharap kalian
dapat memberi sepenuh keparcayaan kepada saya….”
Mak Rei menghulurkan tangan untuk berjabat tanda perjanjian
telah termeterai. Rihito yang berdiri bersebelah Miyako mengucap tahniah. “cik
muda hebat..”
Rei dari jauh berasa cemburu dengan keakraban Miyako dan
Butler itu. Dia berasa Miyako telah melupakannya apabila melihat Miyako tidak
langsung memandangnya malahan begitu mesra dangan Rihito-sama.
“saya sudah putuskan pertunangan dengan Mei. Kami tidak lagi
ada apa-apa hubungan.”
“Rei!!!!!”
Miyako dilemma apabila Rei hadir semula menagih kasihnya.
Dia juga tahu Rihito juga menaruh perasaan terhadapnya. Dia taknak perasaan
sesiapa terluka kerana Rei dan Rihito sangat penting baginya. Perasaan Senn
juga telah dia lukai apabila dia menolak jabatan kasih Senn kepadanya selepas majlis
birthday Rei yang lalu.
“cik muda, saya akan berkhidmat untuk cik muda
selama-lamanya. Walaupun kasih saya cik tak sambut namun tetap saya kagumi
kerana cik Miyato sangat setia dangan cinta.”
“Arigato…”
Kadang-kadang kita tak dapat memilihi kepercayaan dan cinta
dalam masa yang sama. Miyako sangat bertuah kerana Rihito-sama dan masih ingin
bersamanya. Walau hati mereka terluka namun mereka merelakan kerana Miyato memang
ditakdirkan untuk Rei.
Comments
Post a Comment