Assalamualaikum.. Dilema ini juga yang membelenggu aku di alam universiti. Masuk dewan untuk first class mesti ada dua kerisauan. Pertama, groupmates dan kedua, lecturer strict bagi markah. Selalunya minggu pertama lecturer dan mintak nama groupmates atau lecturer sendiri yang pilih. Bila lecturer pilih tu yang masalah sikit sebab selalunya tidak satu kepala (bukan satu parti.haha), nanti ada yang parti kiri ada yang parti kanan. Paling risau kalau dapat senior dalam group sebab kena ikut piramid seniority. Pernah terjadi bila dapat senior yang seperti 'senior citizen' bilamana selalu uzur nak siapkan kerja kumpulan, selalu mengelat discussion dan mintak tiru bila quiz. Memang bernanah hati ini tak tertanggungnya rasa. Ingat lagi, ketika itu aku ditahun pertama. Kerana terlalu hormatkan senior, aku paksarela edit part dia yang ayat sah-sah plagiat, hilang space, comma, fulstop. Bila nak hantar dekat lecturer tup-tup dia nak edit the whole work. Kerana hormat, again, aku ...
http://fyzakassim.blogspot.com